Find us on Facebook Connect on LinkedIn Follow on Twitter Watch us on YouTube Get us on Google

Find a course

Find the course you are looking for by either selecting it from the dropdown or entering a keyword

or

Selamat Datang Ke Pusat Bawah Air

Pusat Bawah Air ini telah melatih penyelam komersial mengguna udara dan gas campuran untuk tugasan industri dasar laut selama hampir 40 tahun dan ia telah memperoleh reputasi yang cemerlang dari segi pengajaran dan kemudahan. Di samping menawarkan latihan menyelam komersial yang diiktiraf di seluruh dunia, kami juga merupakan pakar dalam melatih juruteknik pemandu Kenderaan Bawah Air Kawalan Operasi (ROV).

Untuk memenuhi keperluan industri dasar laut yang kian berkembang dan memelihara klien sedunia kami, kami menjalani pusat latihan di Fort William, Scotland dan Tasmania, Australia.

The Underwater Centre Fort William 5Pusat Bawah Air, Fort William

Latihan Penyelam

Pusat Bawah Air, Fort William ditubuhkan pada tahun 1970-an untuk menyediakan latihan menyelam secara komersial. Ia juga digunakan sebagai kemudahan untuk menjalankan ujian bawah air. Kami menawarkan latihan untuk kedua-dua penyelaman udara dan gas campuran (tepu). Keseluruhan kursus kami diperakui oleh Eksekutif Kesihatan dan Keselamatan. Kursus kami boleh disesuaikan untuk anda, tidak kira sama ada anda baru ingin menceburkan diri dalam bidang menyelam secara komersial, atau anda sudah pun berpengalaman dan mahu meningkatkan kemahiran menyelam anda.

Kelulusan yang diperoleh daripada Pusat Bawah Air ini diberi pengiktirafan di peringkat antarabangsa, bermakna anda dibenarkan bekerja di seluruh dunia. Di samping kelulusan rasmi, Pusat Bawah Air ini juga menawarkan latihan kemahiran kerja utama dasar laut yang amat diperlukan oleh industri bawah air. Malah, pendekatan secara praktikal ini telah melayakkan para graduan kami untuk pasaran kerja industri dasar laut – lebih daripada 85% graduan menyelam kami kini berjaya memperoleh pekerjaan dalam industri tersebut.

Latihan juruteknik pemandu ROV

Sejak tahun 1990-an, kami telah menyediakan latihan juruteknik pemandu ROV yang cemerlang. Permintaan untuk juruteknik pemandu ROV yang terlatih dengan bagus kian meningkat. Kursus ROV kami memberi para graduan pengalaman praktikal yang luas dalam memandu ROV kelas-pemeriksaan dalam persekitaran air pasang surut yang terbuka, serta menumpukan pemahaman dan pengetahuan mereka ke arah pembaikan dan penyelenggaraan ROV.

Di samping pembangunan dan pengendalian yang selaras dengan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Persatuan Kontraktor Marin Antarabangsa (IMCA), pengalaman luas operasi kami yang diperoleh daripada kursus-kursus ROV kami membuktikan bahawa kursus-kursus kami mengatasi garis panduan tersebut dalam menyediakan graduan untuk peranan juruteknik pemandu ROV.

Kami melatih pelajar juruteknik pemandu ROV kami di kawasan menyelam yang sama dengan pelajar menyelam komersial kami. Ini bermakna apabila kedua-dua juruteknik pemandu ROV dan pelajar menyelam kami memasuki industri dan bekerja di luar pesisiran, mereka sudah pun mengalami pengalaman yang berharga di persekitaran operasi.

Ujian laut dan latihan korporat

Pusat Bawah Air, Fort William menyediakan lokasi, peralatan, pengalaman dan kemudahan yang terbaik untuk memenuhi keperluan ujian dan latihan industri dasar laut.  Pusat Fort William terletak di tebing Loch Linnhe, sebuah tasik pasang surut terlindung yang semua kedalamannya, daripada 4m hingga 150m, didapati tidak sampai sebatu setengah dari jeti peribadi terkawal Pusat ini. Kemudahan-kemudahan yang terbaik di Pusat Bawah Air dan keselesaan menjalankan ujian di situ menjadikannya pilihan yang ideal bagi syarikat yang menjalankan kerja ujian yang penting. Kami sanggup melakukan apa sahaja agar memenuhi keperluan anda. Pasukan sokongan kejuruteraan kami mempunyai pengalaman yang luas dalam industri marin, membolehkan syarikat yang ingin menguji peralatan dasar laut mendapat sokongan mantap yang boleh dipercayai, serta keadaan ujian yang realistik pada kos dan anggaran belanja yang lebih murah daripada operasi di luar pesisir.

Dengan kemudahan dan lokasi kami yang unik, kami mampu menawarkan latihan dasar laut seakan keadaan bekerja dalam industri di luar pesisir: syarikat-syarikat yang melatih kakitangan di sini pasti yakin bahawa mereka akan menerima latihan dan pengalaman yang relevan dengan industri mereka. Kandungan kursus kami boleh disesuaikan supaya ia menepati kehendakkan pelanggan korporat kami – demi memberi kepastian bahawa syarikat-syarikat ini memperoleh tenaga kerja mahir yang diperlukan.

Pusat Bawah Air, Tasmania

The Underwater Centre, Tasmania

Pusat Bawah Air, Tasmania, ditubuhkan pada tahun 1990-an untuk menyediakan latihan penyelam komersial untuk industri di rantau Asia Pasifik Selatan. Ia menawarkan kedua-dua penyelam udara dan campuran gas (tepu) dan latihan penyelia. Pusat ini diperakui oleh Skim Akreditasi Menyelam Australia (ADAS) yang mempunyai pengiktirafan di peringkat antarabangsa, membolehkan para pelajar untuk bertugas di seluruh dunia.

Pusat Bawah Air, Tasmania mempunyai pendekatan fokus-industri yang sama dengan Pusat Bawah Air, Fort William. Ini memastikan pelajar kami akan lulus dengan kemahiran dasar laut yang lebih melengkapkan kelayakan mereka.